TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, December 22, 2017

SELESAI SUDAH

Assalammualaikum


Alhamdulillah
Dipermudahkan segalanya
Selesai sudah khatankan Amzar n Afnan
Budget nak buat kat Klinik Sulaiman, Grenwood
Tapi mak nak cucu2nya dikhatankan dirumahnya
Kebetulan 10/12/2017 khatan beramai2
Untuk kariah anak2 taman perumahan mak
Nak 15 orang saja
Bila kata masih ada kekosongan
Mak masukkanlah nama cucu2nya ni





Hari yg ditunggu2 tiba jua
Selalu kata kat mereka berdua ni x sakit laaa
Kali ini pihak masjid menggunakan 
Khidmat Doktor Khalid dari Klinik Famili
Alat klamp yang akan dipasang
Kalau 2 abangnya sebelum ni, gunting n jahit
Kali ni kita try klamp pula
Ok atau idakkk huhu





Tengoklah adik2 sepupu datang bagi sokongan huhu
Pihak masjid pun bagi hadiah 
Time ni masih bole tersenyum lagi
Pihak masjid cuma kenakan bayaran RM50 seorang
Kalau khatan kat klinik sekarang RM170 
Tak mahu hampakan mak, saya terima cadangan mak





Alhamdulillah, selesai dikhatankan
Bila nak di bius n tengok jarum, nangis la juga
Apa lagi jomlah kita berpantang
Kalau ikut kata doktor tak payah pun huhu
Ohh tidak...mesti berpantang
Bagi saya klamp ni memang senang
X melekat kat kain sarung or seluar
Tapiii
Kena bersihkan selalu
Sebab ianya bersarung, kena lap kering2
Kena selalu basahkan bahagian yg dipotong tuu
Lepas 5 hari kena gi klinik utk buka klamp
Jerit juga anak2 mama ni time buka
Masalah klamp bagi saya laa
Ia lambat baik
Ni anak2 dah 2 minggu khatan
Masih sakit lagi huhu no lasak2 ok
Apa2 pun itu pengalaman saya
Lepas ni mama papa dah lega
Semuanya dah selesai....


Tuesday, November 21, 2017

SEMUANYA INDAH LAA

Assalammualaikum...


Lamanya menyepi huhu
Ada ni...semuanya sihat2 belaka
Banyak kenangan tahun ni yang indah2
Kita kumpulkan la sikit2 yup


Part 1


Asal ajak keluar IOI City Mall, Putrajaya jadi pilihan 
Jom mama kita try aiskerim Marrybrown pula
Sedappp


Dah jadi fev anak dara sorang ni Chicken Terayaki 
Mesti nak order laa


Ni lagi 1...sanggup beratur panjang
Demi Original Cake dari Taiwan ni
Bila order nak coklat...cheese x mau pula


Teruja jap tengok cara mereka kuar n potong kek
Berpusing2 atas kepala huhu




Part 2


Rezeki minggu lepas
 Kami dapat makan durian sepuasnya
Durian Kg Gajah, Perak dari dusun mertua adik ipar
Along merasa la kutip durian tengah2 malam
Pengalaman tuhhh


Alhamdulillah, anak2 semua suka durian
Nak kucing tido aja huhu



Kebetulan ada pula yg post kat fb
Kerepek biji durian...jom kita try
Perlu kesabaran dalam membuatnya
Tp hasilnya sgt puas hati...sedap laa




Part 3


Alhamdulillah n tahniah buat anak mama
Qhaifa Nur Amzar
Tahun ni masih kekalkan prestasi 
No. 1 dalam kelas dan darjah
Tahun depan nak UPSR ok


22hb Nov 2017, Hari Anugerah Cemerlang
Naik pentas lagi
Moga terus cemerlang lagi, aminnn


Tahniah juga buat anak mama ni
Qhaifa Nur Azeem
No. 3 dalam kelas
Tahun depan dah tingkatan 2, makin besar juga



p/s - bulan 12 ni nak sunatkan hero mama lagi 2 orang tuu...lega habis dah huhu