Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Monday, May 30, 2011

BERDIKARI WAHAI ANAK MAMA.....

  First time tinggal anak-anak 3 orang kat rumah hari ni sempena cuti sekolah kali ni. Rasanya inilah waktu yang terbaik bagi aku dan suami melihat anak-anak berdikari dan menguruskan diri sendiri. Aku tak risau sangat along dah besar 9 tahun.

  Pukul 5.30 pagi bangun masak nasi goreng, nugget, goreng telur siap bancuhkan air teh lagi..risau anak-anak tak makan nanti. Itulah kasih sayang ibu pada anak-anak macam tu lah agaknya mak kita menjaga kita dulu.Kini baru aku rasa.

 Ini belum lagi kisah call mereka kat rumah tak terkira rasanya setiap 1/2 jam call tanya khabar. Amzar 5 tahun boleh tanya "kenapa mama asyik call alang ni". Mama risau la...tergelak aku sendiri.

  Suami balik dari kerja pukul 3.00 petang terkejut dia, rumah macam  tongkang pecah. Tak kisah le bang janji anak-anak selamat nanti di kemas. Esok tak tau apa kisah pulak.....

No comments: