Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, June 29, 2012

MENU DARI TELUR.....


Salam jumaat semua....

Hari ni Nur nak kongsi 2 resepi dari telur yang telah dicuba dan hasilnya sungguh sedap. Sebenarnya kita boleh pelbagaikan menu telur ni untuk kelihatan menarik dan sedap. Telur kukus ni sangat sedap dan lembut, bila dah masak ia bak bunga yang sedang kembang.....

Telur Kukus

  • Blander 5 biji telur bersama 5 sudu kecil air (air masuk ikut berapa biji telur - air yang buatkan telur jadi lembut)
  • Sediakan bekas kukus Nur masukkan hirisan bawang merah, cili merah potong dadu (buang biji), kacang panjang, daun sup, sedikit lada sulah, bawang goreng dan mayonis. Kukus selama 5 minit.



(hasilnya......)










Telur Hancur Masak Cili

  • Tumiskan bawang merah, bawang putih, cili padi, cili merah hingga garing (ditumbuk)
  • Masukkan 5 biji telur bersama air dan dikacau hingga hancur, masukkan bawang potong bulat dan daun sup tambah sedikit sos tiram, goreng hingga masak




(makan dengan roti sedapnya)


p/s - telur yang diblander dan dicampur dengan air buatkan telur  lebih sedap malah lembut ....(petua ni seorang chef yang beritahu).......

Thursday, June 28, 2012

AFNAN KENA DENDA......


Petang kelmarin masa saya ambil afnan dan aeish kat taska nampak afnan berdiri atas meja dengan sorang kawan beliau. Ingatkan saja-saja afnan berdiri rupanya mereka berdua kena denda dengan penyelia taska sebab keluar taska tanpa pengetahuan pengasuh untuk pergi ke kawasan sebelah taska (taman permainan).


'


(lakonan semula dari afnan, macam ni mama acik berdiri)

Bila saya tanya kenapa acik keluar, katanya kawan yang ajak...yang kelakarnya kata afnan lagi siapa keluar lagi kena gantung kat kipas pula....

Selalu saya pesan pada afnan jangan keluar sesuka hati bahaya macam-macam boleh berlaku, biasalah budak-budak bila dah berkawan ni macam-macam perangai ada. Nak salahkan pengasuh tak boleh juga bukan anak kita sorang je dia nak jaga ramai lagi, yang adiknya pun mula mengikut.....




Kata-kata hikmat dari saya pada afnan " kalau acik hilang hari-hari mama nangis tau, sedih pula dia bila dikata begitu ". Itulah dia anak makin besar makin susah nak kawal, perhatian mesti kena dipertingkatkan...... 

Wednesday, June 27, 2012

KEROPOK LEKOR....


MIL & FIL baru balik dari terengganu ahad lepas kerana FIL ada reunion dengan rakan sekolah beliau. Sebelum balik puchong singgah kat rumah saya hantar ole-ole dari sana 2 bungkus keropok lekor.

Tak sabar-sabar aiman nak goreng keropok lekor ni, semua dia yang buat dari potong dan goreng saya cuma perhatikan saya. Bila dah siap digoreng sedapnya keropok lekor ni terasa isi ikannya, dengarnya MIL beli dari penjual yang buat keropok ni di rumah patutlah sedap............










Tuesday, June 26, 2012

SAMA KE MUKA MEREKA NIH.....


Betullah seperti dikata dalam dunia ni ada 7 muka yang sama dengan kita tidak terkecuali dengan azeem sendiri.

Kenal dengan ashraf, 11 tahun masa kami pergi nenasi baru ni (maaf kat famili sana kalau salah nama sebab ingat-ingat lupa) yang merupakan anak buah mak angkat hubby. Muka dia dengan azeem lebih kurang sama saja cuma azeem rendah manakala ashraf tinggi orangnya.






Tengoklah masing-masing malu bila diminta bergambar berdua.......

Monday, June 25, 2012

TEPUNG FAIZA.....


Hanya ada di Tesco Ipoh saja tepung gandum faiza ni, itu yang diberitahu MIL kepada saya. Kalau ada di tempat lain saya tak tahu pulak....

Kebetulan masa MIL & FIL hantar adik bongsu hubby masuk U di UTP di Seri Iskandar, Perak singgah kat Tesco Ipoh dan terus borong 10 kotak tepung gandum ni yang berharga RM 4.50 sekotak.



(saya dapat 3 kotak pemberian MIL)



(MIL saya punya, simpan dalam ni)

Menurut kata MIL lagi tepung ni sangat sedap bila buat cucur tepung dan lain-lain lagi. Saya pula telah 2 kali buat cucur tepung memang sedap dan sangat rangup, lepas ni nak cuba buat kek pula....






Friday, June 22, 2012

SURAT AZEEM BUAT MAMA......



Terharu dan sangat bangga apabila saya membaca surat dari azeem...........


Azeem : Mama, azeem ada surat nak beri pada mama......

Mama : Surat apa ni ????? (baca dengan teliti dan pandang muka azeem)
Siapa tulis ayat ni semuaaa...........

Azeem : Azeem laaaa......






 Idola saya ibu saya kerana :

  1. Ibu telah melahirkan dan membesarkan saya
  2. Ibu menjaga saya semasa saya sakit
  3. Ibu mendidik saya sejak kecil
  4. Ibu menyediakan makanan kegemaran saya
  5. Ibu membelikan barang-barang keperluan saya
  6. Ibu menasihat saya supaya tidak nakal
  7. Ibu sentiasa berdoa supaya saya berjaya dalam pelajaran
  8. Ibu memujuk ketika saya sedih





Qhaifa Nur Azeem..............


p/s - pandai sudah anak-anak mama sekarang tulis surat, kalau nampak surat cinta siap ha..ha....
semua surat anak-anak mama, mama simpan tau.....

Thursday, June 21, 2012

JENJALAN - ISTANA NEGARA & TASIK PERDANA


Dari pusat sains kami gerak ke istana negara pula, tak terfikir nak ke sana tapi dah dekat ni ajak hubby juga.Dari jauh nampak macam tak ada orang siap saya tanya hubby boleh masuk ke ni takut kena tahan dek polis pulak bila dah sampai ramainya pelancong siap bergambar sakan lagi. Luas sungguh kawasan istana ni.....

















Ingatkan lepas ni terus balik rupanya tidak hubby bawa kami semua ke tasik perdana pulak, dalam pada tu seluruh badan penat betul mana tak pusing 1 tasik ....


















last-last kami naik syatel tasik perdana tak larat nak jalan, rupanya banyak lagi tempat yang menarik kat sini yang tak sempat kami singgah sebelum ini, bila naik syatel ni baru kami perasan.....



p/s - malam tadi demam selsema samaada sebab cuaca panas atau kurang tido kerna tengah fokus pada aeish sekarang  untuk berhenti pakai pampers, abang-abangnya senang berhenti, tidak pula pada aeish...

Wednesday, June 20, 2012

JENJALAN - TENGOK DINOSAURS


Sabtu lepas bawa anak-anak jenjalan, keluar rumah jam 10 pagi hingga 7 malam baru balik memang penat, letih semua cukup. Mana taknya 1 hari jenjalan 3  tempat kami singgah mana tu yup....tunggulah nanti citer

Mula-mula pergi pusat sains negara mestilah nak tengok dinosaurs sampai saja orang dah ramai. Kami ambil tiket package family ada hadiah misteri sempena hari bapa. Sebelum ni dah pernah datang so tak adalah nak singgah tengok-tengok pameran sains terus menuju ke ruang pameran dinosaurs, dari luar dah dengar suara dinosaurs seram pulak hik..hik

Bila masuk afnan dan aeish dah mula takut, aeish asyik nak dukung saja papanya jadi sasaran mama tak larat...



























( beli nasi ayam dara RM 5/= lapar sangat )


( aiman nak test tahap kelajuan beliau )




(inilah hadiah sempena bapa dari pusat sains..tuala)





( mesti mau mandi juga, kali ni datang bawa baju mandi )



p/s - pagi tadi afnan minta datang sini semula sebab nak mandi lagi.....