Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Thursday, August 30, 2012

PAK NOK BELANJA MAKAN..........


Salam Semua.......

Bila sampai rumah MIL di Puchong suasana jadi sangat kecoh mana tak hubby ada 7 orang adik beradik + anak saya 5 orang + 2 orang anak buah hubby, ini belum + lagi 2 orang anak buah hubby yang beraya di Pahang,  memang riuh rendah dibuatnya bukan time raya je kecoh time tak raya pun sama.....

Hari raya ke 2 adik ipar hubby (pak nok) ajak anak-anak ziarah pusara anak sulungnya di Pudu tapi semua anak-anak kecuali aeish pergi semua demi Umairah.....

Umairah, anak adik perempuan hubby ni kalau kami datang rumah MIL, ke mana pergi mesti nak ajak anak-anak kalau tidak konpom dia tak nak ikut daddy dan mummynya....serba salah pulak dibuatnya almaklumlah anak saya kan ramai. Sebenarnya Umairah seronok dapat jumpa sepupu sepapatnya dan sangat rapat dengan afnan juga.....

Tengoklah apa yang pak nok mereka belanja hari tu...........

^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^
^










(ini sebenarnya yang mereka mahu...makan lebih kurang aja )




( umairah baju kurung unggu tulah dia....sayang mak long dan pak long ni...)

Wednesday, August 29, 2012

CERITA RAYA KAMI PULAK........



Salam Semua.......


.........tak sangka hubby boleh balik awal 8.30 pagi dah terpacak kat rumah, nasib baik dapat rakan sekerja yang sporting kalau tidak tak adalah gambar raya sekeluarga kami tahun ini...

Raya kami tahun ini simple tapi meriah juga dapat berkumpul bersama adik-beradik seramai 3 orang amat bermakna buat saya dan mak juga almaklumlah adik beradik tak ramai.

Selepas bersalam-salaman kami semua menziarahi pusara arwah abah dan adik lelaki saya. Selepas itu baru berkunjung ke rumah pak anjang (adik mak diselayang) dan ke rumah sepupu arwah abah (mak alang) wajib pergi setiap tahun.

Tengah syok beraya jam 2 petang hujan turun pula...apa lagi terperaplah kami kat rumah aja

Yang kelakarnya petang nak balik rumah MIL time tulah baru nak packing baju, badan dah penat minta hubby yang kemas....aduh tidak seperti yang dikehendaki oleh saya gasaklah hik..hik..



Gambar raya kami 2012...........



(tahun ni hubby pakai jubah..handsome juga)


(adik beradik saya....)




(bergambar dengan mak tersayang)


(family adik lelaki saya (pak ngah)..adik ipar tengah pregnant tau...jangka bulan Nov)



(sayang mak - Siti Rahanah Dahalan)





(anak-anak bersama sepupu -Ahmad Afif Ahmad Ghazawi baju biru) 


(pagi raya aeish buat hal tak nak tangkap gambar beramai-ramai.....)



(pak ngah belanja kami semua makan ais kerim...cuaca panas betul hari tu.....)


p/s - 6 hari beraya di rumah MIL............
jika hubby kerja 1 raya cuti lepas raya 6 hari tau....pelbagai kisah ada.......

Tuesday, August 28, 2012

SAAT YANG DI TUNGGU MALAM MENJELANG RAYA.....

Salam semua....


Memandangkan hubby kerja pada 1 raya keputusan kami tahun ini raya rumah mak saya la...anak-anak suka sangat kalau beraya kat rumah nenek sebab malamnya selepas takbir raya ada kunjungan ke rumah-rumah jiran dengan takbir raya sentiasa kedengaran dan yang dinanti-nantikan mestilah duit raya......

Selepas isyak orang-orang surau pun datang, jam 12.30 pagi barulah anak-anak balik ke rumah masa tu sibuklah masing-masing kira duit raya pula










 alhamdulillah ini baru malam raya punya........
inilah salah satu ganjaran dari ALLAH buat kami yang berpuasa kan  mama....kata aiman, azeem dan amzar 

Jam 3 pagi jugalah saya masuk tido, 6 pagi pula dah bangun sebab hubby nak pergi kerja mengantuknya rasa... 

Monday, August 27, 2012

RINDUNYA PADA BLOG........





Salam semua dan selamat pagi.......


Terasa lamanya bercuti mana tak kira-kira 9 hari tuh, hari ni dah start kerja mood kerja masih kurang mood raya yang terlebih lagi............

Hari ni barulah dapat BW bersama rakan-rakan semula, mesti pelbagai cerita tentang raya dapat kita kongsikan  bersama....

Apa-apapun selamat kembali bertugas dan selamat untuk semuanya.......







Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA SEMUA.........


Salam semua ..............





Sekejap rasanya ramadhan 1433H dah nak sampai ke penghujungnya. Semoga ibadah puasa kita semua mendapat keberkatan dariNYA

Buat rakan-rakan semua saya selaku tuan blog ingin menyusun 10 jari memohon kemaafan jika ada terkasar bahasa, tersentuh hati dan macam-macam lagi

Pada yang pulang ke kampung berhati-hati semasa memandu semoga selamat tiba dan selamat kembali






" SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "

Wednesday, August 15, 2012

BAJU KOTAK-KOTAK..........


Salam semua......


Tak ada dalam planning pun baju kotak-kotak ni dan ia satu kebetulan. Baju Aeish yang warna merah tu saya beli awal manakala baju abang-abangnya dibeli oleh mak semasa keluar shopping baru-baru ni. Bolehlah dijadikan tema raya tahun ni




Raya tahun ni anak-anak meriah dengan persiapan raya mereka dari baju hingga kasut lengkap sudah. Hubby nak tema kami tahun ni berwarna warni so baju melayu anak ada yang warna biru, unggu, hijau dan oren

Aeish yang paling bergaya ada 10 pasang baju baru ditambah lagi pemberian dari mak dan adik perempuan saya. Tak sabar nak tengok gegurl sorang ni beraya sakan dengan baju baru........







(siap ada handbag lagi.....)



p/s - petang nanti lepas balik kerja terus bawa anak-anak jenjalan di Jalan TAR dan berbuka diluar apalah yang nak ditambah lagi tuh...............

Tuesday, August 14, 2012

MAKAN LUAR........



Salam semua........


Sabtu lepas mak bawa cucu-cucunya kuar shopping ke Selayang Mall

Sabtu lepas juga selesai bab kemas mengemas dan mop lantai tinggal nak touch-up sikit-sikit saja punyalah penat satu badan, nak raya punya pasal. Plan petangnya nak balik rumah MIL di Puchong untuk berbuka puasa bersama tapi mak call ajak berbuka diluar nasib baik hubby sporting lepas selesai makan baru gerak rumah MIL




Nasib baik dah booking awal datang makanan sedia terhidang yang tak best dah sejuk hik....hik....hik........
Kami makan di gerai gelas besar sri gombak tiada tempat kosong semua dah full.









Monday, August 13, 2012

IFTAR WESTERN - CHICKEN BURGER

Salam semua


Hari ini dah 24 ramadhan tinggal beberapa hari je nak sambut raya, baru terasa kelam kabut sikit kalau tidak buat tak tahu saja

Hari ni nak citer masak burger lagi kali ini buat chicken burger pulak. Sebenarnya bukan susah pun buat burger ni bahan-bahannya cukup simple ikut selera sendiri




Caranya :

Daging ayam  kisar (ayamas) nak guna daging pun boleh diperap bersama mixed herbs whole, mixed spice, lada sulah, daun pasley, bawang merah dicincang dadu dan 1 biji telur selama 2 jam

Bakar jangan terlalu lama nanti keras........dah siap





(suka makan dengan salad)

Friday, August 10, 2012

SPEK KALER HIJAU.......



Salam jumaat semua.........


Sungguh comel bila saya tengok mereka berdua ni bergaya dengan spek kaler hijau

Gambar ni sempat saya ambil semasa datang rumah MIL tengok baby Adira baru-baru ini



(Aeish pun comel juga)



Ni lagi comel macam anak cina

>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>




anak buah hubby ke 8, Mohd Danish Akasyah 6 bulan.......
memang sebiji macam anak cina mentang-mentang lahir pada tahun baru cina awal tahun ini...........




Thursday, August 9, 2012

AEISH 'SAYA'......'SAYA' AEISH


Mesti pening baca tajuk n3 hari ini, ia dituju khas buat puteri kesayangan saya siapa lagi Aida Aeish




Entah dari mana datangnya 'saya' dalam diri aeish pun saya tak tahu, rasanya mesti dengar dari percakapan kengkawannya di taska kat rumah jarang sebut. Saya pernah tanya kat pengasuh taska merekakah yang selalu sebut 'saya' pada aeish tak adalah jawab Nek Pah. 

Hubby kata baguslah aeish bahasakan dirinya 'saya' bukan aku tapi saya pula kurang suka biasa saya panggil adik atau aeish. Kini 'saya' telah sebati dalam dirinya, kalau bolehlah dari kecil hingga dewasa kelak tiada gelaran nama buatnya kan jauh sangat bunyi aeish dipanggil saya atau aya. 

Macam sekarang ni pun adik-adik saya dah mula panggil :-

  1.  'aya' dah makan ke........
  2. 'saya' mana along........
  3. kasut 'saya' cantiklah, pinjam bole.....
  4. 'saya' nak susulah mama......(yang ni aeish selalu sebut pada saya)



p/s - ada nama lain ke buat diri rakan-rakan semua.........

Wednesday, August 8, 2012

SEKARANG BARU TAHU.........



Salam 19 Ramadhan buat semua...........



Mungkin ini penyelesaian buat kita semua, tak salah kita mencuba............






p/s - masa anak ke 4 pertama kali saya merasa sakitnya, itu yang first time....alhamdulillah sehingga kini tiada berulang lagi dan minta dijauhkan juga...............

Tuesday, August 7, 2012

BABY ADIRA........



Sabtu lepas berbuka puasa dirumah MIL lagi, kali ini konpom semua ada kat rumah. Datang nak tengok adik hubby yang baru bersalin pada 02/08/2012 dapat baby girl lagi, ini anak ke 2 yang sulung girl juga dah berumur 5 tahun.

Memang meriah rumah  MIL hari tu dengan kehadiran keluarga mertua adik  hubby gara-gara nak tengok baby baru dan terus kami semua berbuka puasa bersama-sama. Pelbagai juadah telah disediakan macam nak sambut raya pula.






Nama : Nur Adira Tasya 
(sori kalau salah eja)

Lahir : 02/08/2012
Berat : 3.2 kg
Cucu atuk wan ke 9


Menurut kata adik hubby lagi sejak Adira masih dalam perut, nama itu  yang selalu disebut oleh kakaknya Umairah. Bukan mudah untuk melahirkan anak ada yang dikurniakan dengan jalan yang mudah, ada juga sebaliknya, melahirkan Adira punyai pelbagai kisah didalamnya, apa-apapun semua telah selamat.



( Nur Umairah Karmila  - kakak sayang adik ok )

Monday, August 6, 2012

LAGESI QHAIFA, 2 TAHUN.......



Salam 17 Ramadhan buat semua.....





Alhamdulillah pada 04/08/2012 dah berginjak usia 2 tahun blog kesayangan saya LAGESI QHAIFA, kejapnya masa berlalu

Tak sangka juga saya yang taklah cerdik sangat IT ni pun ada blog juga (aduh ayat syahdu pulak). Kat sini juga saya ingin mengucapkan rasa sangat bersyukur dengan  kehadiran rakan-rakan di alam maya ini yang sudi berkongsi pelbagai cerita, memberi pandangan dan saya juga dapat berkongsi pelbagai ilmu juga dari rakan-rakan semua......



Semoga silaturrahim kita semua akan berpanjangan hendaknya ...............






Friday, August 3, 2012

MENU MESTI BUAT.......



Salam semua......


Memang tak akan habis kalau citer bab masak ni, nak buat macamana memang dah kerja kita.

Ini antara menu tak kira bulan puasa atau tidak mesti saya buat. Macam saya hero-heronya ramai apa lagi kuat makanlah....... 

Sebenarnya kita masak ni pun bukan untuk siapa untuk anak-anak kita juga dan saya sentiasa bersyukur dengan rezeki yang diberi........


1) Roti Sardin Goreng Rangup







2) Agar-Agar Milo





(bayangkan buat bekas gini dalam setengah jam dah licin, itu yg nak buat lagi seronoknya rasa habis....)


Baru ni minum sirap selasih, aduh sedapnya rasa, disebabkan rendam banyak 2 hari berturut-turut minum........