Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, September 28, 2012

SNICKERS


Salam Semua.......

Hari ini nak tayang coklat snickers, coklat kegemaran kita semua

Hari tu kat opis hubby ada buat promotion snickers yang dijual dalam peket kecil-kecil, bagus juga lagi senang nak makan dan  baru ni ada tengok kat kedai-kedai snickers yang saiz biasa tu harganya dah RM 3.20 mahal betul

Kalau ada peluang ke langkawi lagi memang saya nak borong snickers ni banyak-banyak...sana kan murah











(aeish dapat makan snickers ni siap sorong dalam tangan 3 lagi....)
(tengok aeish makan boleh baru betapa sedapnya snickers...)

Thursday, September 27, 2012

AFNAN TAKUT......ADA HANTU KATANYA


Salam Semua........

Siapalah punya kerja ni tangkap gambar macam ini. Bila dia tengok balik takut, takut ada hantu tak ada kepala katanya

Rupanya afnan yang tangkap gambar nenek dan mak lang (adik pompuan saya) masa pergi OH Raya baru ni, takut afnan rupanya. Bila tunjuk gambar ni semula langsung tak nak tengok




(afnan takut lain lagi tangkap lagi....)
(budak sampai ke satu tahap dia pun nak try....)





(gambar atas tak ada kepala....)
(gambar bawah badan hilang.......)

Wednesday, September 26, 2012

GILIRAN AEISH PULA....



Salam Semua......

Alhamdulillah, ini part last buat saya untuk stopkan anak-anak untuk tidak lagi guna botol susu kini giliran aeish pula..

Kebetulan puting susu aeish sudah terbelah 2 mana tak kena gigitlah tu. Sebenarnya sudah hampir 2 bulan saya stopkan aeish dari guna susu botol. Lepas ini tiada lagi sibuk-sibuk nak beli botol dan puting baru dalam hidup saya 

Tentu saya ada ayat power untuk semua ini he..he..he ' adik hari dah malam kedai dah tutup, adik guna botol ini dulu nanti mama beli ok ' saya tengok 2, 3 hari elok aja aesih guna botol barunya terus saya stopkan guna botol susu. Sekarang dah lega











(buah tangan dari singapore pemberian nenek untuk cucu-cucu tersayang)

Tuesday, September 25, 2012

SUKAN TAHUNAN 2012.......


Salam Semua.......

Sabtu lepas pergi sekolah aiman/azeem sebab ada sukan tahunan 2012. Saya pergi dengan adik serta anak-anak hubby kerja. Sepanjang malam hingga ke pagi hujan turun. Nasib baik jam 7.30 pagi hujan berhenti. Dah hujan keluar lambat sikitlah.

Azeem masuk acara isi air dalam botol bagi tahun 2 dan kumpulan beliau dapat tempat ke 3. Dalam pada tu sempat tengok gelagat anak-anak pra sekolah dan pelajar-pelajar khas bersukan, gelagat mereka menghiburkan hadirin yang hadir.






(guru besar (baju putih) dan pengerusi PIBG sekolah (baju merah)



(berkumpul didewan untuk taklimat)



(pelajar pra sekolah buat persembahan)



(pelajar kanak-kanak khas bersukan pula sambil dibantu oleh guru-guru)



(azeem baju hijau dan rakan  tengah ready....)



(sarapan pagi makan nasi lemak time inilah terlepas nak tengok azeem sukan ........)



(tahniah buat azeem kumpulan beliau dapat tempat ke 3....)






Monday, September 24, 2012

ATUK YUSUF HASAN SAKIT.........


Salam Semua........

Rabu lepas pergi hospital putrajaya MIL saya call atuk yusuf (atuk hubby) sakit masuk hospital. MIL ambil abahnya dari Kelawang, Jelebu N9 dan hantar ke hospital putrajaya sebab MIL duduk area puchong senang   nak ulang alik. Dari percakapan MIL saya sakit atuk yusuf macam teruk dan sehingga kini pihak hospital masih jalankan ujian penyakit beliau. 

Atuk yusuf dah berumur 86 tahun bekas polis, alhamdulillah tiada sakit 3 serangkai ini (kencing manis dll) sekadar demam-demam, batuk biasalah. Petang semalam singgah umah MIL sebab atuk yusuf dah keluar hospital dan keadaan kesihatannya kian merosot dan tidak ceria seperti sebelum ini. Atuk yusuf dibawa ke hospital sebab alami kencing berdarah itu saja walaupun dah dibenarkan keluar tuib ke saluran air kecilnya tetap ada itu yang buatkan atuk yusuf tidak selesa dan sekarang nak bergerak pun susah dan sehingga kini tiada diketahui penyakit sebenar atuk yusuf.......

Kenangan terindah bersama atuk yusuf kami cucu dan cicit pernah dapat duit raya lebih RM 100... time tu minta berapa pun dapat...kenangan itu terpahat dalam sanubari saya sehingga kini....

Anak-anak saya yakni cicit atuk yusuf serta cicit yang lain akan panggil tuk nyang atau atuk dady.........



Tiada lain yang kami pinta semoga atuk yusuf cepat sembuh ............. 

Friday, September 21, 2012

120 DOLLAR SINGAPORE.......


Salam Semua.......

Rasa sekejapnya dah hari jumaat, esok cuti 2 hari boleh rehatkan badan sikit. Kenapa pula pagi ni cerita DS, RM 300 bila tukar dapat DS 120 saja. Nak pergi Singapore ke Nur ni, sebenarnya bukan saya tapi mak.......

Mak dan rombongan yang terdiri dari jiran - jiran taman akan bertolak malam ini, isnin pagi dijangka sampai rumah. Selagi mak sihat dan teringin nak jenjalan saya dan adik-adik tak kisah, asalkan mak bahagia dan gembira. Ini first time mak pergi Singapore excited rasanya........



(inilah duit yang mak dah tukar, apalah buah tangan dari Singapore agaknya??????) 



(semoga mak selamat pergi dan kembali.....)



p/s - esok nak pergi sekolan Aiman dan Azeem ada sukan tahunan.........


Thursday, September 20, 2012

I-CITY AKHIRNYA MASUK JUGA.....


Salam Semua

Semangat nak ke I-City memang berkobar-kobar. Bandar dalam cahaya seperti dikata dan kebetulan masa pergi open house raya kat Seksyen 7 terus singgah sini. Saya pula berat hati nak masuk sini mana tak pakai baju kurung jalan tempat gini memang tak selesa dahlah badan melengas-lengas sebab seharian berjalan. Dah hubby nak masuk 

Ramainya orang masa tu memang kagum sekejap dapat lihat pelbagai lampu-lampu bercahaya, nak tangkap gambar kena ikut turn pulak sebab semua yang datang mesti nak berposing.

Bila dengar mak sakit kaki sebab banyak berjalan hati dah tak sedap, tempat duduk yang disediakan kurang, anak merengek nak main permainan last-last hubby belikan tiket Spacewalk dapatlah saya dan hubby naik untuk temankan Aiman dan Azeem yang lain tunggu bawah sebab ketinggian tak mencukupi mula-mula takut juga sebab tempatnya tinggi siap marah kat Aiman jangan pusing-pusing sterengnya takut jatuh, kelakar betul........ 






















(cian mak kita sakit kaki......tu yg cepat nak keluar dari sini)






(takut juga naik ni tapi best dapat lihat lampu dari atas, harga tiket mahal juga.......)



(3 budak kena tinggal tapi suka dapat beli ni.....)




p/s - tanya hubby seronok ke datang I-City, katanya cukup sekali saja......aduh tak ada harapan nak datang sini lagi he..he..he..
jangan lupa kalau datang sini kena bawa duit lebih........

Wednesday, September 19, 2012

UNDANGAN PENGHUJUNG SYAWAL........



Salam Semua

2 hari berturut-turut dapat undangan open house. 2 hari jugalah gantung periuk, keluar pagi balik malam hari, badan punyalah letih jangan cakap mana tak asyik makan-makan sesaja dan tempuh jalan yang jem.

Tahun ni hepi sangat sebab kunjung mengunjung dapat dipenuhi dan lagi hubby cuti lagilah hepi.........


Sabtu 15/09/12

1. Jamuan Aidilfitri di Taska Afnan / Aeish

2. Rumah Sepupu Arwah Abah (Mak Lang Aishah)









(Menu- makan tengahari nasi putih dan pelbagai jenis lauk pauk..best...)


3) Glenmarie Residences (Kakak sepupu)



( setiap tahun mesti ada kambing bakar/golek, tahun ini 5 ekor...)


(posing depan kereta ferari...)




4) Seksyen 7, Shah Alam

5) Pergi I-City........




( dan kebetulan rumah anak tiri Mak Cu dekat dengan I-City apalagi hubby nak masuk juga......
jam 8.30 malam kami semua masuk....cerita ini akan menyusul kemudian....)