Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, June 28, 2013

BAGI TEMPOH HINGGA HUJUNG TAHUN SAJA


Salam Semua....


buai ni dah 11 tahun usianya saya beli untuk along aiman dan akhirnya jadi buai turun temurun buat adik-adiknya.

saya gantung di pintu bilik saja disitulah diamnya selama 11 tahun kainnya sangat tahan cuma ada koyak sikit saja dibahagian bawah

kini aeish saya masih tidurkannya dalam buai tapi hanya di hujung minggu saja hakikatnya buai ini tetap akan dibuang bila tiba masanya

tahun depan aeish akan masuk tadika memang itulah masa yang sesuai pun




orang dah besar panjang, merekutlah tidurnya



p/s - yes, esok nak tengok floria kat putrajaya setiap tahun tak pernah miss...





Thursday, June 27, 2013

CUCU ATUK TAHA BIN MOHAMAD


Salam Semua...


seronoknya bila dapat tangkap gambar
semua cucu keluarga hubby 
yakni cucu atuk taha bin mohamad
gambar ni diambil oleh hubby semasa
 pergi kenduri kawin baru ini
cucu atuk taha bin mohamad ada 9 orang semunya
kejap dah besar masing-masing




paling sulung tentulah aiman anak saya 11 tahun 
paling kecil imanina nadhirah 10 bulan



anak along (hubby) 5, semua tahu kan, kan 
anak pak ngah 2 hero
anak mak nok 2 gegirl



p/s - semua mak long sayang....



Tuesday, June 25, 2013

SKTKP PULA BERSUKAN


Salam Semua...


Sabtu 22/06/2013

disebabkan aiman masuk perbarisan untuk rumah hijau, hubby pula kerja petang dapatlah luangkan masa ke sekolah aiman, azeem dan amzar hari itu untuk sukanan tahunan ke 19

ini gambar yang sempat saya snap, jom layan...




sekolah kebangsaan taman koperasi polis, fasa 2



guru besar beri ucapan...



tema rumah merah - Angry Bird



tema rumah biru - Bunga



tema rumah hijau - Sherk



tema rumah kuning - Transformer



senyum semua


keluar sekejap untuk sarapan pagi di restoran taqwa...



milo tabur sudah semestinya



roti canai biasa dan telur



azeem order tosei


masuk semula ke SKTKP kebetulan ada acara rebut gula-gula untuk tahun 1 dan dewasa



amzar dengan penuh semangat kutip gula-gula
 masuk terus dalam baju



tengoklah hasilnya



turn budak dewasa pula
 azeem baju kaler merah tu
sampai rumah mama sorok semua gula-gula


Monday, June 24, 2013

AFNAN MASUK SILAT


Salam Semua...


Macamana ni Batu Caves pun dah tak nampak, memang berjerebu. Teruk sangat kali ini dahlah lama tak hujan tak tahu berapa lama lagi akan begini. Setakat hari ini alhamdulillah kesihatan anak-anak baik.
Sekolah Kebangsaan anak-anak memang cuti hari ini sebab sabtu lepas ada sukan tahunan.

Nak citer sikit pasai afnan 5 tahun ni

Selama seminggu afnan pergi tadika pakai baju sukan katanya ada belajar silat. Saya memang tak tahu afnan terpilih untuk pertandingan silat peringkat negeri bagi tadika kemas. Memang setiap tahun akan ada acara yang dipertandingkan.

Jumaat lepas saya tanya Cikgu Norhayati katanya memang afnan terpilih dari 9 murid pilih 6, dari 6 murid akhirnya seorang saja yang terpilih iaitu Afnan manakala seorang wakil perempuan untuk bola jaring.

Sekarang afnan tengah giat berlatih tak tahu lagi dimana dan bila tempat pertandingan akan berlangsung jangan luar KL sudah.






Ada juga yang lagi kelakar 

Guru silat afnan tanya siapa nama nenek sebab macam pernah nampak afnan sebelum ini dengan spontan afnan jawab nenek nama Siti Nurhaliza, mahu tak tergelak semua cikgu kat situ

Akhirnya sepupu afnan yang belajar sama dengan afnan jawab bukanlah nama nenek Siti Rahanah, tersasul ya afnan.








aeish pun nak silat juga....



nasib baik ahmad afif sepupu afnan
tolong betulkan nama nenek..

Friday, June 21, 2013

LEPAS SUKAN PERGI KENDURI KAHWIN


Salam Semua...


Dapat undangan kenduri kahwin dari mak sedara hubby di Bandar Tun Razak, Cheras.
Lepas afnan habis sukan dalam pukul 1.15 petang kami gerak ke sana pula, akhirnya kami sampai juga di Stadium Sukan DBKL Cheras kenduri kahwinnya buat kat situ.
Hubby dengan famili mak sedaranya cukup rapat, lamalah kami anak beranak lepak kat situ hingga jam 5.00 petang macam-macam kerenah anak-anak hari itu buat macam rumah sendiri pula




cantik pelaminnya...



tahniah buat Shahila Maseri dan pasangannya Rizal
pengantin pompuan anak mak sedara hubby
tahniah buat kalian berdua



kek ni aeish yang tangkap, ok juga
tema hari itu kuning



ada seorang mak sedara hubby
yang jual tau fu fa panas
so anak-anak tak sudah-sudah makan
 lepas satu satu



aeish pun suka



lepak punya lama dapat pula buah rambutan
 meja kami saja tau diberi





aksi anak dan sepupu sepapat atas pelamin
aksi bebas ha..ha..



aeish makan dodol
dapat cenderahati dari famili pengantin
 makan kat situ saja



Thursday, June 20, 2013

SUKANEKA TADIKA KEMAS


Salam Semua...


Selalu afnan tengok abang-abangnya bersukan sekarang turn afnan pula
Sebelum tidur tak sudah-sudah tanya
esok pagi (yakni hari sukan tuh) mama datang tak
Ya mama pergi cuma
papa datang lewat sikit sebab kerja
Tahun ini sukaneka diadakan
di PPR Batu Muda, Jalan Ipoh
Pagi tuh kawasan padang dipenuhi dengan anak-anak
dan ibubapa datang beri sokongan
untuk anak masing-masing







sementara tunggu acara bermula sempat
jeling-jeling kat rumah flat tuh
senangkan orang flat tuh tak payah turun lihat
kat tingkap masing-masing ha..ha..



afnan dan rakan-rakan di zon 2 baju kaler biru



sarapan dulu



 tahun ini baju kaler pink paling menyerlah
banyak menang acara yang dipertandingkan



inilah acara yang afnan sertai 
susun nombor dapat tempat ke 2
saya dan abang-abangnya tak sudah menjerit
beri sokonganlah





tahniah buat afnan 
ini pula hadiah yang afnan dapat

Wednesday, June 19, 2013

GAYA BARU KE AEISH


Salam Semua...



pemberian mak cu kiah yang baru pulang dari umrah 
dapatlah kami gelang tangan ini
tengoklah dimana aeish pakai
aduh adik, mengapa begitu gayanya




Tuesday, June 18, 2013

MENTARANG & KERANG BAKAR


Salam Semua..


memenuhi permintaan dari aiman
semasa lalu di Tanjung Karang
nak makan mentarang bakar
order sekali kerang berbulu yang besar tu





menurut kata taukeh gerai tu 
kalau nak dapatkan rasa mentarang
atau kerang yang sedap
mesti guna kelapa untuk membakarnya
macam dalam gambar tuh



sepinggan 6 hinggit
kerang berbulu ni masa ribut saja ada
dibawa dari tengah laut tau kata taukeh gerai tu lagi
rupanya sedap betul mentarang bakar ni





sempat minta dengan taukeh gerai
nakkan penutup botol tu
nasib baik dapat, anak- anak..



sedapnya air halia dalam botol yang aiman minum
tak puas rasanya

Monday, June 17, 2013

HEPI BESDAY AZEEM


Salam Semua...


hari ini 17/06/2013 besday anak ke 2 saya
Qhaifa Nur Azeem Bin Khairul Anuar 
yang ke 9 tahun

sebelum pergi sekolah pagi tadi dah ucap hepi besday
senyum saja saya sempat bergurau kat azeem
dah besarkan jangan cepat merajuk tau
azeem ni kalau bergurau tak kena gaya
air mata cepat meleleh, sensitif betul

semoga Azeem diberkati, dilindungi serta menjadi anak yang berguna






p/s - sepatutnya esok 18/06 mak berangkat
ke mekah menunaikan umrah
tapi tiada rezeki buat mak
 semua ketentuan ilahi
ada masalah dipihak pengurusan
In Shaa Allah mungkin rezeki dilain kali...

Friday, June 14, 2013

CABUT POKOK BULUH & BUAH MANGGA


Salam Semua...


Kami semua balik KL tidak dengan tangan kosong kebetulan masa singgah rumah mak andak  sempat lagi menjolok buah mangga, yang saya terkejut mak andak ambil benih buah mangga dari rumah mak dulu-dulu. Saiz buahnya memang besar, geram pula saya melihatnya so ambil lebih sikit






mangga dan afnan memang tak dapat dipisahkan, selagi tak habis selagi tu tak bangun...





Mak andak offer lagi kat hubby pokok buluh tapi susah sikit nak mencabutnya, hubby kata boleh juga nanti tanam kat kebun abahnya sekali dengan biji mangga tu.

Bukan senang tau nak mencabut pokok buluh ni mandi peluh juga hubby, hampir setengah jam mencuba baru berjaya.

Menurut citer mak andak semua benih pokok buluhnya beli kat Kulim, Kedah tapi mak andak tak pernah makan rebungnya suka tanam sahaja.







akhirnya berjaya juga hubby cabut pokok buluh ini



ini sebahagian pokok buluh mak andak, banyak lagi tau...