Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Wednesday, October 30, 2013

INDAHNYA KHAT


Salam Semua....


sekali pandang indahnya
nama kita ditulis dengan tulisan khat




nama anak-anak tersayang





p/s - terima kasih buat semua teman - teman  blogger di atas ucapan besday saya semalam

Tuesday, October 29, 2013

ULANGTAHUN KELAHIRAN


Salam Semua....






hari ini 29 Okt 1976 - 29 Okt 2013
ulangtahun kelahiran saya

syukur padamu Ya Allah
kerna saya masih bernafas di bumimu

dapat melihat insan-insan tersayang di sisi
dapat melihat anak-anak membesar di depan mata

semoga saya dipanjangkan umur
diberi kesihatan yang baik
dan menjadikan saya insan lebih baik dari semalam
amin, amin, amin 

Monday, October 28, 2013

CHOP N STEAK, KG BARU


Salam Semua....


sehari sebelum raya haji.....pening kepala sekarang bila orang ajak makan luar ....nak fikir makan kat mana pun ambil masa.....selalunya pilihan  JJCM akan jadi panduan kami......

akhirnya Chop n Steak, Kg Baru jadi sasaran makan malam kami.....2, 3 kali pusing baru dapat parking....tempat penuh tiada pilihan masa tuh...booking meja kat dapur.....sementara tunggu menu yang kami order sampai sempat jeling chef-chef kat dapur tengah masak.........






tengah ajar aeish guna pisau
 orang kidal lain macam pula
semua nak buat sendiri



setiap kali makan steak saya akan order ikan salmon



lepas habis makan anak-anak sibuk nak
berposing kat motor besar (hiasan saja)






Friday, October 25, 2013

BERPAVLOVA PULAKKKK.....


Salam Semua....


layannnnn.......













Azeem pergi  Hat Yai, Thailand malam ni
bersama mak dan adik-adik
rezeki dia, sure seronokkan
selamat pergi dan kembali

Thursday, October 24, 2013

FRIM - AIR TERJUN


Salam Semua.....


teringat akan kata pegawai FRIM....kalau turun dari jambatan gantung ni akan jumpa air terjun....anak-anak sekejap hilang dari pandangan mata saya...kita turun bukit ni berhati-hati....mereka berlari 

cuaca pula kejap hujan kejap berhenti.....tapi kami tak basah sebab daun pokok lindungi kami semua....padahal waktu itu baru jam 3 petang tapi dah macam 7 malam.....mulalah hati nak cepat keluar dari hutan FRIM ni....

hubby kalau datang tempat macam ni memang fev dia...kalau bole semua kawasan hendak dijelajahi.....

akhirnya kami temui air terjun dalam hutan FRIM ni....pakaian mandi anak-anak tak bawa....pakai apa yang ada.....darurat gitu

dalam pada tuh sempat saya jeling pandang kiri kanan....masih terpelihara lagi hutan kita ni





tengoklah peta ni
luas kawasan dalam FRIM ini



sepanjang dalam hutan aeish dengan papa saja
lega mama





sila abaikan pakaian mandi anak-anak tu
  (tutup mata yup)
sejuk betul airnya



jangan tak tahu sempat lagi hubby potong buah mangga dan buat sambalnya sekali
sambil makan sambil tengok anak-anak mandi



lega dah turun masa ni
singgah minum sekejap





kami order ABC dan cendol



sebelum balik sempat singgah rumah terengganu



rumah melaka



nak sewa basikal pun bole
1 jam RM 8/=



setiap kali besday kami semua
hubby mesti ada planning
meraikan...


Wednesday, October 23, 2013

FRIM - CANOPY WALKWAY


Salam Semua....


19/10/2013 sebelah malam sambut besday Aeish.....sebelah paginya kami ke FRIM Kepong (Ins. Penyelidikan Perhutanan M'sia) masuk hutan pula korang....hubby nak bawa puterinya masuk hutan...jenjalan dalam hutan tuh

pagi tuh hari mendung saja jam 11 pagi kami bertolak....dari rumah dalam 20 minit saja....

ini first time kami masuk FRIM.....selepas dapatkan penerangan tentang FRIM dan ambil map perjalanan kami teruskan

tujuan utama hubby ajak kami ke FRIM untuk naik canopy walkway (jambatan gantung antara pucuk pokok)

untuk sampai atas besarnya dugaan buat kami semua kena mendaki bukit.....semangat kami kuat untuk sampai ke puncak bukit walau kaki dah lenguh-lenguh siap menggigil juga seluruh badan...mencungap semua ada......aduh tingginya








penat-penat.....



antara spesis pokok hutan kami temui




anak-anak kata ini buah pisang mama...
pandailah tuh, bukannnn



hubby cakap ini buah kelompung
orang N9 cakap
sebab bila jatuh dalam air bunyi pung..pung
tempat lain tak tahulah namanya



kami semua salah berpakaian hari tu
masuk hutan pakai seluar jeans
 orang pakai seluar sukan
macam nak pergi mall ha..ha..



nasib baik ada tempat berehat, aduh letihnya kaki



akhirnya berjaya juga sampai puncak bukit
tutup jam 2.30 petang tau



harga tiket kami
beli kat bawah tau



saya punyalah gayat tak sanggup nak tengok bawah
bergoyang-goyang jambatan bila kami lalu
pegang tali sekuat hati ha...ha..





tumpang bahu kak lang (adik saya)





bergambar di puncak pucuk pokok
tingginya 1000 meter dari aras laut
 30 meter dari tanah sepanjang 150 meter
ada 3 anjung antara pucuk pokok
perlu kami singgah
rupanya seronok naik jambatan gantung ni, cubalah




Tuesday, October 22, 2013

BESDAY AEISH - PIZZA HUT


Salam Semua....


betul tu terasa kejapnya Aeish dah 4 tahun.....bersama adik-adik, mak dan kami sekeluarga akhirnya Pizza Hut Wangsa Maju jadi pilihan untuk kami potong kek Aeish....lepas maghrib kami semua bertolak....

malam tu Pizza Hut penuh so kami semua kena Q sebab ramai....tunggulah kami dalam 20 minit.....ini first time saya masuk sini....tempatnya cantik dan selesa.....

kebetulan ada besday juga kat situ so mintalah staff Pizza Hut nyanyikan lagu besday untuk Aeish nanti......tak sabar-sabar Aeish nak potong kek....siap tanya mana kek dia....sabar ok adik sayang




Aeish kena tunggu...tempat penuh



gelagat anak dan papa sebelum makanan sampai







masa ni kami lepas kami
dan lagu hepi besday mula kedengaran
itu yang Aeish beria tengok



lampu pun ditutup sekejap
bergema Pizza Hut dengan lagu hepi besday



kek Aeish pun sampai
dibawa staff Pizza Hut



terima kasih buat semua staff Pizza Hut
 yang sporting malam tuh
hepi besday buat Aeish
moga jadi anak yang solehah





antara menu yang kami order malam tu.....



ini pizza yang femes sekarang ni
puas hati bila makan





yang ni salad, sedap juga