Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Daisypath - Personal pictureDaisypath Friendship tickers

TEMAN ALAM MAYA KU......

Friday, January 29, 2016

KALAU DAH REZEKI

Salam....

Betul seperti dikata kalau dah rezeki, tak kemana...


19/07/2015

Balik raya kat perak tahun lalu..kami sewa homestay di taman maju seri iskandar

Tiba2 Amzar cakap mama jam alang tinggal kat homestay, padahal dah 2 hari balik KL...

Hubby mula hot sebab jam tu pemberian adiknya sempena kejayaan Amzar dalam periksa, mahal tu

Cepat2 call adik sepupu kebetulan duduk 1 taman kat homestay tu, tak jumpa katanya

Memang frust sangat...

23/01/2016

Mak, adik2 dn anak2 saya balik perak sebab anak chu lokman adik arwah abah kahwin

Mak nak sewa juga homestay yang sama masa kami datang raya lalu, selesa katanya

Alhamdulillah dapat...

Perkara pertama yang Amzar cari tentu jam tangannya bila tiba kat situ

Ya Allah..masih ada walau dah 6 bulan berlalu, jumpa ditempat yang sama Amzar letak...pasu bunga

Gembira dan rasa bersyukur sangat...rezeki Amzar dengan jam kesayangan masih ada

Wednesday, January 27, 2016

BAKAL WEDDING PLANNER

Salam...

Tak sangkalah anak mama ni kreatif rupanya

Bole tukar tayar kereta..baiki basikal dan kini bakal wedding planner pulakkkk

Tapi memang mama tak nafikan along aiman berbakat..ini semua asuhan papa dari kecil

Baru ni anak2 balik perak adik sepupu kahwin 24/01/2016...

Pelamin dihias secara gotong royong termasuk si wedding planner mama ni

* selamat pengantin baru buat adik sepupu Dzul Fadli Ahmad Lokman n wife Nor Atiqah....

Wednesday, January 20, 2016

CUCU - CUCU NENEK

Salam...

Merekalah penyambung warisan

Merekalah legasi bagi arwah pak mid (abah saya) dan nenek timah (mak saya)

Inilah dia cucu - cucu mak saya 8 orang saja buat masa ini

Nak tunggu 2 orang adik pompuan saya, entah bila nak naik pelamin

Anak saya 5 orang

Anak adik lelaki saya 3 orang

Yang kecil makin besar...yang besar meningkat remaja gitu

Moga akan menjadi anak/cucu yang soleh dan solehah, amin...

Tuesday, January 19, 2016

TIAP - TIAP TAHUN MESTI BERJALAN

Salam....

Bila tiba cuti sekolah muka setiap anak2 mesti ceria

Mana tak setiap tahun mak dan adik2 saya dah ada  rancangan untuk pergi bercuti

Kebetulan ada rakan adik bongsu yang naik pelamin pada cuti krismas baru ni di segamat terus plan bercuti ke johor lah

So berjalanlah anak2 ke sana pula

Dari segamat bermalam kat JB...malamnya cuci mata kat Danga Bay hingga jam 3 pagi

Esoknya jalan lagi kali ini tengok stadium (Home of the southern tigers) dah puas berposing kat stadium terus ke Desaru pula

Pergi Desaru dan Tanjung Balau x bole mandi..ada bendera merah...just jalan2 kat tepi pantai sajalah

Malamnya balik ke servis apartment kat JB...baru beberapa hari di buka...selesa sangat

Sebelum balik KL singgah pula kat Legoland dan Air Itam...telur pindang harus dibeli...

Dari Air Itam masuk Muar pekena mee bandung dgn kacang pool

Singgah bermalam kat Melaka..esoknya masuk balik Muar jenjalan kat pekan Muar

Last percutian sebelum balik shopping kat Famosa Outlet (betul ke ayat ni haa)...

Memang berjalan sakan ni..sampai tayar kete adik pun meletup lagi...ini kali ke 2...langsung mak trauma...kata anak2 nenek trauma untuk kali ke 2....

Wednesday, January 13, 2016

DUNIA BARU AIDA AEISH

Salam....

Tahun 2016...

Tahun ini tumpuan lebih sikit di beri kat anak mama yang bongsu gitu atau gegurl mama yang sorang ni siapa lagi Qhaifa Nurin Aida Aeish

Inilah dunia sebenar Aida Aeish, tahun ini dah masuk darjah 1

Sokongan orang disekelilingnya menjadikan Aida Aeish lebih kuat, tabah serta berkeyakinan

Lagi dekat nak masuk sekolah lagi bersemangat nampaknya, alhamdulillah

Abang-abangnya pula sentiasa beri sokongan lagi tak sabar

Teman setia Aida Aeish tentulah Afnan yang dah masuk darjah 2 tahun ni

Afnan dan Aeish sekolah petang...
Azeem darjah 6 dan Amzar darjah 4 sekolah pagi...
Along Aiman dah tingkatan 2

Saya pula tak lepaskan peluang bila pihak sekolah benarkan ibubapa bersama anak2 selama 2 hari ni

Dapatlah tengok kelas, pergi toilet sendiri, nak berkawan tuh nampak masih malu2 sikit

Bila time rehat makan bersama...bila dah tengok susahnya anak2 nak beli makanan ni...perlu bawa bekal dari rumah... itulah yang saya  buat untuk anak2 dari dulu lagi

Cukuplah bagi saya pihak sekolah beri 2 hari untuk bersama anak2...sekarang kena berdikari sendiri tau

Moga dipermudahkan segalanya buat Qhaifa Nurin Aida Aeish

p/s - selamat tahun baru 2016 buat rakan2 semua